Jodoh datang lagi

hay... assalamualaikum... haha.. ayat tu.. jodoh datang...

 ,, jom tengok tanda2 dye betul sukakan kita...

jeng jeng jeng

Berikut adalah tanda apabila si jejaka mula jatuh hati pada anda
1. Dia selalu memerhatikan anda
Bila anda bercakap dengan orang lain,mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Jika ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat kepada anda.
buktinya : hahah. ney ada. masa mula2 kami kenal...t.. haha 
2. Dia amat berguna
Adalah penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.Jika dia tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda!
yes... hehe.. ada .. tolong hantar g keja , ambil keja.. suruh si dye buat itu lah inilah sampai mak kata cubalah belajr berdikari cikit.. hehe  
3. Selalu puji anda
Dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti  anda dan menerima anda seadanya 
bukti: haha.. ini takda.. sekali ja si dye puji.. itu pun time nak tolong pakaikan helmet . haha. bukan tak reti pakai helmet.. tapi helmet tu tak selesa lah.. n .mungkin sebab helmet tu full face kot.. haha. ngada2
4. Bersetuju dengan pendapat anda
Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan  anda dalam bulatan sosial, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda... yea.. time tu aq dapat tawaran kerja dari spa sebgai pembantu penguasa kastam.. hehe.. love u
5. Dia melakukan perkara gila-gila untuk anda
Cinta membuatkan kita sedikit gila. Kalau dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata nakkan perhatian dari anda, maknanya dia memang ada hati pada anda.Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan apa saja demi anda!.. mmm .. gila2 yea.. haha.. banyak... tak boleh ceta rahsia..
6. Dia selalu menghubungi anda
Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,ehem ehem..adalah tu!.. ini... sokong 100%.. haha setiap hari n setiap masa..
7. Dia melindungi anda
Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di  sekeliling anda. Menjadi pelindung juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.
8. Dia cemburu
Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda.  Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.
9. Dia berkongsi perasaan dengan anda
Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya

kan , ada tak tanda tu... maaf.. tak dapat teruskan.. sedih. sebnarnya bawu lepas putus cinta 6 bulan lepas, lama dah kan.. TAPI ... tapi putus cinta ke nama tu... yea la.. mana declare pun as ehm ehm. sobs sobs.. tapi perhubungan yang menjurus ke alam perkahwinan..  kalau diengat kembali, kenpalah aku pergi sakitkan hati ex future husband,,,,, sebabnya nak dye tangguhkan perkahwinan..alasan: tak nak kahwin ag.. sebab yang tak munasabah betul... tapi sekarang menyesal sebab aku dah jatuh cinta dengan ex future husband..bawu aq sedar yang aq syg dye.. weyh.. susah nak jumpa lelaki yang sanggup bangun pagi hantar kau pergi keja, ambil kau lagi.. pastu ekut ja apa yang kau nak... tapi sedar sekarang takda  gunanya kan.. dye dah benci aq n buang aq jauh ke negera yang tak dijumpa orang lagi...kalau jumpa pun, dye buat cam tak kenal..hmm..  korang pasti tak nak kan benda jadi cam tu.. jadi.HARGAILAH SEMENTARA MASIH ADA.. GOOD LUCK my freinds..

Comments

Popular Posts